Wednesday, March 23, 2011

Silver Oh Silver.....

Dalam bahasa melayu dikenali sebagai perak. Baru2 ni baru dapat Lock seketul dua silver..alhamdulillah..sampai ke hari ini graf silver makin naik....

Saya nak cerita skit kenapa bab beli silver nie... 


Ingat lah yang sesungguh nye tiada satu pun bentuk investment yang boleh menjanjikan pulangan dengan kadar sekian2.. Kalau dah name investment, mesti ade  turun naik punye.. ASB pun tak boleh janji setiap tahun 8 - 10%.. Emas pun tak boleh janji setiap tahun 25 - 30%.. cume ape yang kite boleh tengok, sejarah performance nye pada tahun2 lepas.. sambil mengkaji  sebab2 turun naik nye.. baru la kite boleh yakin macam mane performance nye pada tahun ni dan tahun2 akan datang... :)


Sebab-Sebab Untuk Membeli Silver

1. Stok fizikal silver yang ada di dalam dunia hanya berjumlah 30,000 tan. Jumlah tu hanya lah 1/5 daripada jumlah stok fizikal emas! Maksud nye, di dalam dunia ni, stok silver adalah 5 kali ganda lebih sedikit daripada emas! 

2. Permintaan Industri + Permintaan Pelaburan = Jumlah kekurangan sebenar (nett shortage) dalam dunia. Setiap tahun, kekurangan silver berbanding permintaan adalah sebanyak 4000 tan!

3. Kadar kenaikan nilai silver adalah lebih tinggi berbanding emas. Setiap kali emas naik harga 2 kali ganda, silver dah naik 3-4 kali ganda!! Jom tengok graf kenaikan gold dengan silver. 


Kenaikan Emas (8 Dec 2009  -  7 Dec 2010)
High = 1421.00 USD/Ounce
Low = 1058.00 USD/Ounce

= (1421/1058) x 100% - 100%
= (1.343 x 100%) -  100%
= 134.3%  -  100%
= 34.3 %     <--- Kenaikan emas selama setahun sehingga semalam. ASB memang tak dapat la..huhu


Kenaikan Silver (8 Dec 2009  -  7 Dec 2010)
High = 30.50 USD/Ounce
Low = 15.14 USD/Ounce

= (30.5/15.14) x 100% - 100%
= (2.01 x 100%) -  100%
= 201%  -  100%
= 101 %     <--- Perrgghhhh..!! Lagimencanak naikkk...!!!  


Sumber : Kitco.com  (Anda boleh lihat graf diatas untuk lihat perbezaan tahun lepas untuk silver and gold. So agak2 yang mana naik lebih tinggi?!!!


No comments:

Post a Comment