Wednesday, March 23, 2011

FORMULA PAJAK DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL


Ini Emas anda, Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu, Agrobank. Anda Dapat 65% dari harga pasaran ketika itu .




Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut.



Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali kedua tersebut
untuk membeli lagi emas fizikal. Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau
modal besar seperti RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali).








Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan.

Apabila harga emas naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus emas di dalam Ar-Rahnu. Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.


Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama. Anda akan mendapat untung kerana jualan emas pada harga tinggi boleh menampung kos upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan.

No comments:

Post a Comment